lailan wa naharan

assalamualaikum...

Tuesday, February 14, 2012

KEMANISAN IMAN

Ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat kepada Allah dan sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah.

Lebih mengutamakan Allah dan Rasul daripada urusan lain seperti tidak meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja.

Syarat Perolehi Kemanisan Iman

1)Menyintai Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain

2)Mengasihi seseorang kerana Allah

3)Membenci kekufuran seperti benci jika dicampakkan ke dalam api neraka

PEROSAK IMAN

Minum arak



Gejala Black Metal









Ajaran sesat



Skin head

AQIDAH-IMAN MUTIARA HIDUP

PENGERTIAN IMAN

BAHASA :

- mengiktiraf / mengakui / membenarkan

ISTILAH :

- membenarkan dengan hati
- mengikrarkan dengan lidah
- mengamalkan dengan anggota

IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG

#Ahli sunnah wal jamaah berpendapat iman seseorang boleh bertambah dan berkurang

*Iman berkait rapat dengan amalan seseorang
*Iman bertambah dengan melakukan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah
*Iman berkurang jika melakukan maksiat atau meninggalkan perintah Allah


Ciri-ciri orang yang bertambah beriman

1)Mempunyai ilmu tentang Allah dan Rasul-Nya.

2)Banyak melakukan ibadat sunat . Ia dapat melembutkan hati dan menambahkan kecintaan kepada Allah

3)Melazimi berzikir kepada Allah dan berfikir tentang kebesaran-Nya.




Membaca al-Quran dan mentadabbur(memahami) al-Quran juga boleh meningkatkan keimanan seseorang.

HADIS-KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU



*Klik pada gambar untuk pembesaran imej.

Intisari ayat

1)Rasulullah mendidik kita supaya menganggap dunia sebagai tempat persinggahan utk menuju ke alam akhirat.

2)Hidup kita umpama perantau yg singgah sementara di suatu tempat utk mengambil bekalan.

3)Jika kita lalai , tiada bekalan yg boleh kita bawa utk meneruskan perjalanan dan kita akan rugi.

Persamaan kehidupan perantau dan kehidupan di dunia

*Tempoh persinggahan adalah singkat dlm perjalanan yg jauh
*Orang yg tidak menyediakan bekalan akan kelaparan dalam perjalanan
*Matlamat utama ialah sampai ke destinasi dengan selamat

*Tempoh hidup di dunia adalah singkat dalam perjalanan yg jauh menuju akhirat
*Org yang tidak melakukan amal soleh akan rugi di akhirat
*Matlamat utama manusia ialah syurga di akhirat.

TILAWAH AL-QURAN

*Berlaku kemusnahan kepada nyawa dan harta benda.





KESAN PEPERANGAN DAN KEDAMAIAN

Manusia akan hidup dalam ketakutan





PENGAJARAN AYAT

1)Islam mewajibkan kita memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.

2)Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati sekarang.

3)Umat Islam wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam.

4)Memberi kemaafan adalah satu sikap yang dituntut oleh Islam

TILAWAH AL-QURAN

LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM

Dan jika seseorang daripada kaum musyrikin
Meminta perlindungan kepadamu
( untuk memahami islam ) , maka berilah perlindungan
Kepadanya sehingga dia sempat mendengar
Keterangan ( ayat-ayat ) allah ,
Kemudian hantarlah dia ke tempat yang
Aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana
Mereka kaum yang tidak mengetahui
( Tentang ajaran islam )

3 PERINTAH ALLAH BERDASARKAN AYAT

1)Memberi bantuan kepada orang kafir yang meminta perlindungan.

2)Menyampaikan dakwah / keindahan ajaran Islam kepada mereka

3)Menempatkan mereka di tempat yang aman agar mereka dapat melihat kebaikan Islam dan umat Islam




SURAH AT-TAUBAH : 6

KEPENTINGAN MEMBERI LAYANAN YANG BAIK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM


1)Untuk menyampaikan Islam kepada orang bukan Islam

2)Menunjukkan contoh kepada orang bukan Islam di Malaysia bahawa Islam adalah agama kedamaian

3)Bagi menyampaikan dakwah secara berhikmah

Tuesday, December 20, 2011